Saturday 27 September 2014

Temuduga alaf baru

Hari ni nak citer pengalamanku pergi interview di sebuah company yg agak ada nama gak lahh...

Mula2 masuk cam biasa lah.. Pi isi borang segala butir diri, dan ada soalan subjektif utk dipilih dan dijawap dgn bahasa melayu dan bahasa inggeris.. Itu cam biasa je kan. Ada yang luar biasa tau! Tungguuu!!!

Selepas daku di interview oleh 3 orang penting dlm company itu.. Wah, nampaknya semua berjalan sangat lancar.. Ku tanya apa kriteria yg mereka nak utk position ni..jawap 3 orang panel tu.. U have all the criteria that we are looking for! Wah.. Kembang jap! Syukur pengalaman kerja selama 14 thn dari pelbagai company memberiku pengalaman berharga.. Syukur Ya Allah!

Ok ku ingatkan dah boleh balik.. Rupanya daku di recommended utk pergi satu lagi interview..rupanya yg melepasi interview tadi je akan ada interview kedua yang dipanggil Islamic Test!

Haaa... Apakah itu? Islamic test ni adalah interview utk menguji ilmu fardhu ain calon pekerja nyer. Eh of course la position ini tak de kena mengena ngan ustazah ker, penceramah ker.. Tapi adalah position IT related role.

Antara soalan2 nyer:-
1. Sila mengucap dan apa maknanya  bacaan mengucap tadi?
2. Sila istighfar
3. Rukun islam ada berapa dan nyatakan apa dia?
4. Rukun iman ada berapa dan nyatakan apa dia?
5. Sila baca Al-Fatihah
6. Sila baca apa2 surah selain 3 Qul yg anda hafal

Pelik kan.. Ada Islamic test ni. Bagi ku ok lah.. Basic je pun. Leh plak dia tanya daku belajar mengaji kat saper2 ke sbb bacaan tu agak baik. Daku belajar masa sekolah rendah lah.. Ustazah sekolah agama yg ajar. Tidaklah ada guru special pun kan.

Haa.. Itulah yg luar biasa nyer. Interview dgn soalan2 islamic.

Sharing is caring.

0 comments:

Post a Comment