Thursday 28 September 2017

Running is fun


Ada yg tanya bila start masuk running event ni...Last year bulan 4 dah berjinak2 lari2 anak dulu. Amik pun fun run jer.. saja nak test power katanya...niat dihati nak pelbagaikan jenis2 exercise yg daku bleh join. Lama2 masuk event, cam ada kepuasan sbb nak beat my own personal timing.. syiokk dpt challenge myself sebenarnya. Yerlah, ahkak bukan atlit pun masa zaman sekolah dulu.. agaknya masuk pun acara lumba jalan kaki kot 😂😂 


Ada plak yg tanya pace running ku.. masa mula2 join running event last year badan masih di skala overweight lagi.. Ya Ampun seksa jer rasa nak running 5km jer pun. Byk berjalan drpd berlari.. tapi tak pernah serik join gak running event. Drpd fun run 5km..gi up 10-11 km. Oklahh.. syukur sbb boleh improve dari semasa ke semasa performance dan personal timing. Bukan nak beat sesiapa pun cuma nak perbaiki tahap kecerdasan diri sendiri.. moga hari2 usia emas nanti..tiada masalah kesihatan yg serius.. doa byk2 pada Allah moga diberikan rezeki kesihatan yg baik...In Shaa Alllah. 

 

Berbalik pada personal timing... ala tak laju mana cuma pace mak mak jer pun...antara personal timing dan jarak masa ikut kepayahan jalan.. ada yg berbukit2 cam rasa nak menyumpah..rasa nyesal pun ada.. tapi bila dah abis.. rasa fun plak..😍

3 km : 19 mins

5 km : 33 mins (jalan bukit2 cam naik nyesal) hahaha

7 km : 45 mins

10 km : 1 jam 6 mins

11 km : 1 jam 26 mins (jalan bukit2 cam nak give up) huhuhu


Moga hari2 mendatang boleh pertingkatkan lagi tahap kesihatan dan Istiqamah dgn healthy lifestyle.. doakan daku yer 😍

Friday 18 August 2017

Sample menu eat clean 5 times a day

Oh Daku kongsikan sampel menu2 yg daku makan sepanjang eat clean journeyku daripada overweight 61kg to 46kg. Happy me coz dah capai ideal weight dgn cara eat clean & konsisten exercise. 








Daku berbento ke ofis.. nak eat clean lebih preferable utk masak sendiri daripada makan di luar. Kerna kita tahu apa yg kita masukkan dalam masakan kita..lebih terjamin eat clean kita. Contoh2 bento ku ke ofis


Friday 4 August 2017

Weight Loss Journeyku drpd 61kg ke 46kg.. journey yg manis di akhirnya

Mengimbau perjalanan eat clean daku tahun lepas. Dah start konsisten exercise sejak Jan 2016 tapi belum lagi sedar utk eat clean masa tu. Bila measure mula2 dah kategori overweight dahh iaitu 61kg..daku ni comel jer 153cm jer.. so kalau berat tu dah terlebeyy sudah. Lelemak di perut mmg amat ketara..kalau pakai seluar sure ada lemak tersembul di pinggang tu..lagi plak peha dah berlaga2 bila berjalan. Rupa2 nya body fat daku dah 35% dah.. oh my god tinggi tu.


Start 2 Jan aku dah mulakan langkah komited dgn exercise di gym 3-4 kali seminggu. Jan - March aku nampak penurunan saiz yang amat sedikit dlm beberapa area tubuh badanku tapi berat tak byk beza..turun 1 kg pastu naik balik! Aku gagal pada percubaan pertama! 


Ish tak boleh jadi ni..aku berazam utk eat clean diet bermula 5/4/2016. Daku mmg strict eat clean dgn 5-6 kali sehari dan selama 39 hari..iaitu pada 13/5/2016 aku dpt turun 7 kg..perghh  happy sgt sbb tak pernah ada penurunan berat banyak cam ni. 


Wahhh rupanya eat clean dan exercise barulah kombinasi yg tepat & sgt berhasil! Ku teruskan utk capai target weight daku 50 kg sampai hari terakhir puasa iaitu pada 6/7/2016. 

Drpd overweight skrg sudah capai ideal weight! Perubahan saiz pun nampak sgt ketara. Setiap bulan ada perubahan positif yg ketara. Tapi body fat ku kena turunkan lagi baru 30%. Ku aim sampai 23% at least. 


Nak capai 50 kg tu mencabar sbb pastu ada hari raya plak menjelang turun naik lahh beratku sbb dah tak strict eat clean cam 3 bulan pertama tempoh hari tapi skrg ku dah pandai control portion makananku walau dah ada cheat day skrg.. mentang2 dah capai ideal weight. Tapi aku tak stop sampai sini.. ku teruskan healthy lifestyle dgn konsisten exercise dan jaga portion pemakananku. Mmg lama beratku stay pada 50-51kg. Jgn risau korang akan ada satu masa berat korang stay lama pada sesuatu berat tu.. itu maknanya body korang dah imun dgn exercise dan pemakanan.  Cuba ubah pemakanan dan cara exercise korang. Daku start detox  dan cara GM diet plak.. exercise plak cuba segala mcm bentuk exercise..oh yer daku start masuk running event! Drpd 5km dan boleh berani 10km sbb fitness level meningkat sejak konsisten hari tu.. berhasil turunkan body fat dan berat ku dpt cecah angka 49 kg setelah sekian lama berat 50-51 kg. Ku capai 49kg pada 12/11/2016 dan body fat masa tu dah 27%. Oh seronok plak dpt cecah 4 angka tu.. tak pernah terfikir leh capai umur2 begini. 


Apa ku buat... teruss jalan terus.. daku dah jadikan amalan sihat ni sampai sekarang.. bila ku jalan terus..berat turun tanpa effort dah sbb daku dah up aktiviti fizikal dan terus control portion mkn utk eat clean daku. Masa bulan March 2017 ku perasan berat turun 48kg sampai 46kg tanpa berusaha sgt sbb body dah capai fasa never regain & burn more calories. Body fat pun makin berkurangan sampai capai 23% dah skrg.. level fitness utk wanita seusia ku! Yes! Target tercapai. Skrg daku tgh membimbing rakan2 yg berstatus ibu utk berjaya dlm healthy lifestyle mereka. 


Now berat ku pada bulan Aug 2017 stay 46kg dgn body fat 19-20%. Alhamdulillah...syukur pada Allah yg berikan semangat yg kuat dan Istiqamah sampai hari ini. 


Nak ku kongsikan measurement daku sejak Jan 2016 sampai bulan lepas. 


Kalau rajin buat graf gini.. daku mmg buat gini utk setiap measurement ku.. baru senang nak monitor😍


Bagaimana nak control portion makanan, ni sebagai panduan.


DO and DON'T
👉🏻Cari BIG WHY ? Kenapa nak berubah , setiap kali rasa nak berputus asa , fikir balik BIG WHY!
👉🏻Set small goal , contoh 3kg Dalam masa sebulan

👉🏻Sila ambil multivitamin, untuk elak craving makanan tidak sihat
👉🏻Katakan tidak kepada minuman manis (membazir kalori , better you eat than you drink your kalori)
👉🏻Stop makan makanan berat before 8pm, boleh amik snack or light food kalau lapar.
👉🏻Senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Setiap sesi senaman 1 jam cukup
👉🏻Pastikan pembuangan besar lancar setiap hari.

👉🏻Pastikan cukup minum air putih setiap 25kg berat badan perlukan 1lit air. Kalau berat 50kg..perlu minum 2lit air. Daku amalkan green tea setiap hari pengganti air putih.
👉🏻Big NO to junks food , process food and fast food and aneka sos .
👉🏻Kurangkan makanan berminyak, berkuah santan terutamanya
👉🏻Jgn takut dengan penimbang, timbang pada waktu pagi setelah mandi dan membuang air besar & kecil...untuk monitor berat dan focus on your goal. Daku buat measurement setiap minggu ke dua di gym utk dapatkan progress setiap bulan. 

👉🏻Sila berkawan dgn member2 yg mempunyai target yg sama dgn kita utk dapatkan cas positif di kala kita down atau demotivated.. dptkan sokongan keluarga terutama hubby kerna serba sedikit mereka akan menolong kita tatkala kita memerlukan


Contoh meal plan
🔷Pagi 
Telur rebus 2 biji + 2 roti wholemeal bersama salad
🔷Snack
Green apple
🔷Lunch
Nasi beras perang/basmathi senggengam atau kurang , lauk ayam/salmon/daging grill dan ulam-ulaman/salad
🔷Snack
Kekacang contohnya Almond 10bji
🔷Dinner ( before 8pm) sup sayur bersama ayam @ ceaser salad bersama grilled chicken @ Cinch Shakes 
🔷Supper 
Red apple



Pic semasa bam bam dan imej terkini buat pembakar semangat korang. 



 Gambar terkini dgn 46kg dan body fat 19-20% kat bawah ni sewaktu berjaya menghabiskan 10km running event dgn pace 7.4 dlm masa 1 jam 19 minit.. masih byk nak di perbaiki. 

Moga bermanfaat


Selama konsisten exercise sejak Jan 2016, byk jenis exercise dah ku cuba sbb daku suka pada kepelbagaian.. nanti ku cuba explain setiap satu utk sharing purposes yer. Coach cakap cuba pelbagai exercise utk biarkan badan kita terkejut kalau tidak korang akan rasakan berat stay pada berat yg sama jer..bila body dah biasa ngan satu exercise saja, dia pun dah imun.. tak nak berubah. Moga muscle2 kita yg dok diam tu digerakkan..jgn biar dia tido terlalu lama. We need to make sure our body function fully 😍


Type of exercises that I did before:-

1. Circuit training

2. Functional training

3. Gym equipment workout 

4. Jazzercise 

5. Tabata

6. TRX/Suspension training

7. Yoga

8. Zumba

9. Aquazumba

10. Aquafits 

11. Zafina Fitness

12. Zumba tabata

13. Cardio dance

14. Body combat

15. Aerodance

16. Jogging/running

17. Brisk walking

18. Kickboxing

19. Boot camp

20. Home workout 


Stay tune 😍


Thursday 19 January 2017

Kenapa kita rasa sangat lapar?

If u are trying to eat clean!

Food serves a purpose: to give u nourishment and energy to go about your day. So use it as such. 

Be aware of what you put past your lips...being a mindful eater.

Mulakan dgn tips di bawah ni utk menjadi seorang yg mindful and with intuition:-
1. Perlahankan pace korang mengunyah, lebih baik kunyah selama 40 kali kunyahan..mati la mak kalau ada anak kecik..suh hubby jaga seketika.. i need me time with my food

2. Tune in to your body's hunger clue 



3. Jauhkan tabiat makan di depan komputer, tv atau mkn ketika memandu kerna masa ini akan melekakan korang & sedar2 korang mkn dgn kuantiti yg byk

4. Pilih makanan yg korang suka tapi berkhasiat

Use this hunger scale



Use this simple scale to rate your hunger:-

🌷eat only when u are in the 3 to 4 range
🌷u don't need to eat at 1 or 2
🌷u are likely to overeat or make poor food choices bcoz u are so ravenous at 5 or 6