Sunday 6 December 2015

Majlis berkhatan Ozeir

Syukur! Hari ni dalam sejarah, Ozeir telah meningkat satu lagi fasa dlm hidupnya..melahirkan mu sampai sekarang masa yg sgt2 berharga. Majlis berkhatan yg takkan Ozeir lupa seumur hidupnya..dimulai dengan pengalaman naik motor besar sekeliling ofis, selepas itu acara mandi beramai2 dgn abg2 bomba yg sporting abis! Sgt seronok budak2 ni..sampai acara kemuncak hari ini...jeng jeng jeng...Mmg Ozeir seperti yg direquest nak yg pertama dikhatankan walaupun umur yg paling muda di kalangan 18 budak2 yg berkhatan hari ini.. Masuk dan tunggu giliran tak de rasa takut pun..walaupun abg yg sebelum dia kecut tak jadi nak berkhatan..Ozeir tetap berani.. Sampai waktu dan ketikanya..nangis juga anak bujang mommy.. Tapi biasalah, sakit tu.. Mommy yg seriau wahai anakk..tapi Ozeir tetap kuat menahan sampai selesai sayang.. Now mommy jaga org dalam pantang pula.. First experience yg interesting!!!

Nanti kita share jaga org dalam pantang bersunat plak yer..

Saya adalah ibu bekerjaya yang mementingkan kesihatan dan ingin berkongsi maklumat berkenaan kesihatan
Bagaimana ingin menjadi ahli atau ingin membeli produk Shaklee?

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Jamie Azma Bt Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alam / Subang Jaya / Kelana Jaya / KLCC
Shaklee ID No : 928982
Contact No :016-3318478
Email : jamieazma@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya dan khidmat nasihat akan diberikan secara percuma. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday 16 May 2015

Me as Your Shaklee Mentor

Me As Your Shaklee Mentor

 

Name: Jamie Azma Bt Jamaluddin
Phone Number: 016 331 8478
Email: jamieazma@gmail.com 

Shaklee Business Rank: Senior Supervisor (2014)
Joined Shaklee: 2013
Business Group: Prestigious with Shaklee (PwS)
Shaklee ID: 928982
Location: Shah Alam
Blog: http://prestigiousws.blogspot.com
 
Product Focus Areas:
1- Women's Health
2- Breastfeeding Supplements
3- PreNatal & PostNatal supplements
Family Favourites:
1- Energizing Soy Protein
2- Vita-lea
3- B- Complex
4- Sustained- release Vita- C
5- Vivix
6- CoQHealth Plus
7- Vita- E
8- Omega Guard
9- Vita-lea for Children
10- Collagen Powder
11- Lecithin
12- Garlic Complex
13- Peppermint & Ginger
14- Zinc Complex
15- Phytocol- ST
16- DTX Complex
16- Performance Drink
17- Alfalfa Complex
18- GLA Complex
19- Meal Shakes 

Training & Workshops (organised by Shaklee Malaysia)
1- Shaklee Nutrition Workshop 2015
2- New Distributors Training 2014
3- Young Entrepreneur System 2015

Product Classes (organised by Shaklee Malaysia)
1- Sistem Immunisasi Badan 2014
2- Sistem Detoksifikasi Badan 2014
3- Kesihatan Wanita 2014
4- Kesuburan Lelaki & Wanita 2014

Trainings and Classes (personal)
1- Blogging & SEO Training, 2015
2- Start Bright Series, 2014 & 2015

Conferences (organised by Shaklee Malaysia)
1- National Conference, Kuala Lumpur 2014
2- National Conference, Kuala Lumpur 2015

Education
Master of Science (Information Management), Universiti Teknologi MARA
Bachelor of Science Information Technology (Minor Management), Universiti Malaya

Previous Experiences
1- SAP Freelance Consultant
2- SAP Freelance Project Manager
3-Senior Vice President, SAP Head

Saturday 25 April 2015

Wedding of the Year...my best friends wedding!



Wedding of the Year...my BESTIES akhirnya telah disunting orang!



Tahniah buat my besties yg terakhir dalam ROOMATES BESTIES yg naik pelamin...so sekarang officially kami memegang title yg sama...mommy yg meletops!

Cukup kami ber 8..Roommates Besties!

Memang best dapat menghadiri wedding best fren cam ni...dan semua pun mmg dah lama kosongkan kalender kami untuk menghadiri majlis yang ditunggu tunggu ini. Happy sebab dapat berkumpul dan dapat bergambar sepuasnya. Dapat juga jumpa kawan2 masa kat UM dulu cam Ina Ting Ting yang sejak dulu bersuara merdu.

Jom kita tengok gambar2 kami yg glowing walaupun dah nak hampir cecah  4 dekad ok!

             Aniz & Azleena yg glowing


Daku bersama pengantin Marini..terselit gak anak2 ku itu kannn


Azleena tak lepaskan peluang bergambar ngan pengantin jua..


New mommy Zarita pun tak lepas peluang menghadiri majlis wedding besties ni

Seri ibu mengandung terserlah tau..Marini, dekat2 menjangkit tau.. Hihi


Dulu mereka sefakulti kan..cun both of u

Close up daku ngan pengantin..nak cas seri pengantin gak.. Hihi


Aniz pun tak leh lepas bergambar berdua.. Semua tak lepaskan peluang

Ni yang paling jauh di Johor pun turut sama hadir tau.

Kami pengguna Shaklee.. Ahaks terselit plak iklan.. Glowing kannn


     Jom pose retamai plak.. Baru bestt!




Master Celebration Aishah

Master Celebration yang menyayat hati sebagai LiSA


Semalam merupakan hari yang bersejarah buat mak bisnesku dalam Shaklee kerna di raikan atas usaha penat lelahnya mencapai rank tertinggi dalam bisnes Shaklee. Memang kenangan terindah bagi kami sebagai downline merangkap ahli kumpulan LiSA kerna dapat membuat satu SURPRISE untuk leader kami Aishah Amin.


Kad jemputan daripada Shaklee yg kelassss!


Semua berjalan sangat lancar dan best...sampaikan mengalir air mata mentor2 kami termasuklah kami yang berada dalam LiSA. Semangat mak bisnes kami mengajar kami tak pernah jemu dari dulu sampai sekarang..mmg awesone.

Planning baekk punya sblm event 'Big Surprise' kami itu


Jom tengok picture2 best semasa event di Hotel Marriot Putrajaya semalam.

Gossip apa lah tu Tim & Alis yer!


Ini pula warga BEST yg diketuai oleh Aini sideline ku yg gigih meluaskan jajahan BEST nyer.


Close up sikit 2 ahli BEST kita ni yg bergambar ngan Master yang diraikan.

Ni antara aktiviti yg kami sertai bersama mentor kami Aishah Amin termasuk pertemuan pertama kami di rumahku..mmg masa tu hampir semua tak kenal antara satu sama lain. Tapi kini, kami sangat rapat! Semuanya sebab Shaklee.

Ni lah dia pertemuan nostalgia kami di LiSA...sgt best waktu itu menimba ilmu..sambil port luck gitu!

Rupanya byk aktiviti menimba ilmu bisnes dlm Shaklee telah dilakukan.. Baik ilmu berbisnes mahupun ilmu nutrisi. Nak jadi preferred distributor lah katakann...


 Bergambar selepas adegan nangess di atas pentas!

Sblm tu lagu yg dimainkan sepanjang video itu adalahh...



Ni antara video SURPRISE kami pada Aishah semalam...

            



Friday 20 March 2015

KONSEP SLIM YANG SEBENAR

Bila tengok sekeliling kita, oh…rasa sangat scary coz melihatkan populasi obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya tak sanggup nak tambah lagi peratus populasi ini.Kita jangan tgk masalah saje, sebaliknya kita tengok pada solusi yang ada. Apa yang kita perlu kaji dulu adalah dgn melihat diet kita. Selidik dulu gaya hidup kita, apa masalah yg kita hadapi buat masa ini, adakah kerana masalah hormone, symptom lepas bersalin, mencuba byk produk sana sini utk kurus, factor umur, tabiat merokok yg tak dpt dibendung etc.
Ini semua adalah kerana NUTRITION GAP!
Slimming ini konsep sebenar tidak lari daripada 3 konsep asas : BAKAR, BUANG & BINA.


KONSEP BAKAR

Lecithin untuk kesihatan otak dan sifatnya yang bersifat emulsifier and mild amat berkesan untuk tujuan emulsify lemak. Semasa proses emulsify ini….ia akan menggumpal lelemak itu menjadi bulat2 dan menghalang lemak ini daripada termendap pada membran kulit. Perlu diingat yang lecithin in tidak berkesan sebagai pengemulsi lemak kalau diamnil lebih 2-3 jam selepas/sebelum makan yg berat/berkalori tinggi. Lelemak yg telah termendap tidak lagi menjadi kerja lecithin.
Oh yer kita seluitkan…..Kenapa Lecithin berfungsi untuk kesihtan otak, adalah kerana ia mendorong penghasilan Acetycholine yang berguna utk kecergasan otak.
Satu lagi produk utk elemen BAKAR, adalah Omega Guard kerana ia membantu mengurangkan lemak terutamanya Visceral Fat. Fat jenis ini akan meliputi organ2 terpenting tubuh badan kita dan jika Fat ini tidak terbendung dalam badan akan terjadinya sakit jantung, diabetes, stroke dan buncit. Omega membantu mengelak Fat ini daripada menjadi lebih byk dan membahayakan kesihatan kita.

KONSEP BUANG

Ambillah herbalax atau alfalfa untuk konsep buang ini menjadi lebih kaw! Ianya bersifat membuang segala lelemak yg kita telah gumpal2 tadi oleh Lecithin & mebuang segala lemak yg telah dibakar oleh Omega Guard tadi….sudah bakar perlulan buang ye tak?
Plus point kalau korang boleh tambah kan elemen detox darah untuk tujuan slimming…pasti meletop2 hasilnya!!!

KONSEP BINA

Apa yang patut kita bina bila kita nak slimming ni yer…adalah dengan mengekalkan otot kita walau tgh diet untuk mengelakkkan diet YO-YO. Kesan YO Yo ini akan terjadi bila mana otot2 kita turut hilang semasa proses diet berjalan, bila kita berhenti berdiet, kita akan dapati penambahan berat badan secara drastik dan kesan ini akan mengecewakan mereka yg serius nak slim. Kalau ada betul2 serius kena lah faham konsep bina ini juga. Konsep bina ini akan bergabung baik dengan adanya elemen LEUCINE dalam pengambilan protein kita. Cinch shakes adalah meal replacement yg berbentuk protein dan adanaya kandingan leucine dpat mambantu proses diet dengan mengekalkan otot2 kita. Mmg makan cinch shakes(28g) ni buat anda rasa kenyang berpenjangan kerana kandungan protein yang lebih daripada ESP (14g) dan plus point with Leucine. 

Testimonial suamiku yang berjaya kurus:

Berkat kegigihan dan disiplin mengambil suplemen Shaklee dan exercise telah pun berjaya mengurangkan berat daripda hampir 100 kg kepada 70 kg...wah ...awesome my hubby!




 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya adalah ibu bekerjaya yang mementingkan kesihatan dan ingin berkongsi maklumat berkenaan kesihatan
Bagaimana ingin menjadi ahli atau ingin membeli produk Shaklee?

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Jamie Azma Bt Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alam / Subang Jaya / Kelana Jaya / KLCC
Shaklee ID No : 928982
Contact No :016-3318478
Email : jamieazma@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya dan khidmat nasihat akan diberikan secara percuma.

Saturday 7 February 2015

10 tips amalan ibu bapa pada anak anak kita


Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....



1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya



Saya adalah ibu bekerjaya yang mementingkan kesihatan dan ingin berkongsi maklumat berkenaan kesihatan
Bagaimana ingin menjadi ahli atau ingin membeli produk Shaklee?

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Jamie Azma Bt Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alam / Subang Jaya / Kelana Jaya / KLCC
Shaklee ID No : 928982
Contact No :016-3318478
Email : jamieazma@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya dan khidmat nasihat nasihat secara percuma.

Sunday 25 January 2015

Homemade Pavlova yg best untuk anak2 ku

Berjaya buat pavlova dessert kegemaran anakku Ozeir.. Lebih baik buat sendiri agar kita boleh kawal kadar gulanya dan buah-buahan yg dipilih adalah ikut citarasa kita sekeluarga..tapi buat pavlova ni ada pantang larangnya...jgn pula kita buat main redah je..sbb peratus tak jadi tu sgt tinggi! Tak caya tgk tips2 di bawah nanti!



Sblm itu terima kasih pada mamaglam blogspot yg beri inspirasi dan idea utk buat pavlova kegemaran anakku ini.

Oklah bahan2 yg diperlukan:-

4 biji putih telur
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

250ml whipping cream (cari yg bentuk cecair)
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila

Buah-buahan hiasan (potong ikut bentuk yang disukai):
5-10 biji buah strawberi
1 biji buah kiwi
6-10 biji buah anggur



Cara-cara buat pavlova:
1. Pukul putih telur sampai menjadi soft peak. Sila guna stand mixer spy senang nak pukul menjadi gebu

2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ atau bahasa mudahnya, bertanduk.

Bila mencapai meringue, adunan tidak akan tertumpah kalau terbalikkan mangkuk.

3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.

4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.

5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.



6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam bulatan yang telah dilukis cantik tadi. Pandai-pandailah cantikkan adunan tu ya….

7. Bakar adunan selama 1 jam.

8. Bila oven berbunyi, tutup api oven, bukak sedikit pintu oven, dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven selama lebih kurang 1 jam

Cara-cara buat whipping cream:

1. Pukul whipp cream dengan gula dan esen vanilla sampai kental.

2. Masukkan dulu dalam peti beku selama ½ jam sebelum di picitkan ke atas pavlova. Seeloknya buat whipping cream lepas pavlova sudah masak atau bila mahu makan pavlova tersebut. Kalau tidak, nanti whipp cream tidak nampak cantik…

Macam yg daku cakap tadi nampak senang tapi byk pantang-larang yg patut kita patuhi.. Jgn main hentam keromo saja tau!

Ini adalah antara pantang larangnya (copy dpd website yg ku dpt inspirasi resipi ini)
1. Pastikan langsung tiada kuning telur yang termasuk dalam putih telur yang ingin digunakan.
2. Telur mesti dalam suhu bilik.
3. Peralatan digunakan kering dari sebarang kesan air atau minyak.
4. Jangan sekali-kali suka-suka hati tukar gula tu daripada gula biasa ke gula perang (brown sugar). Kalau tukar jugak, nah! Ambik kau!! Pavlova tidak akan keras, sebaliknya akan jadi spongy dan kecutttttttttt…..
5. Jangan sekali-kali ambil jalan mudah gunakan acuan untuk bakar pavlova.

Oklah.. Sharing is caring! Selamat mencuba!



Saya adalah ibu bekerjaya yang mementingkan kesihatan dan ingin berkongsi maklumat berkenaan kesihatan
Bagaimana ingin menjadi ahli atau ingin membeli produk Shaklee?

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Jamie Azma Bt Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alam / Subang Jaya / Kelana Jaya / KLCC
Shaklee ID No : 928982
Contact No :016-3318478
Email : jamieazma@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya dan khidmat nasihat diberikan secara percuma

Saturday 3 January 2015

9 Potensi diri yg perlu kita capai dlm hidup



Sharing ini ku perolehi semasa talk DAO semalam di SACC 3 Jan 2015

9 potensi diri yg perlu kita kecapi dlm hidup ini:-

1. Untuk mencapai hidup bahagia
- dgn membahagiakan org lain spt ibu bapa, adik beradik, kawan2 etc
- mendoakan orang lain 
    
2. Untuk menjadi seorang yang bebas masa perlukan sistem

3. Untuk mencapai potensi kekayaan 
- kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa, bermula dgn membahagiakan orang  lain

4. Potensi untuk memjadi dermawan

5. Untuk mencapai perhubungan rohani yang mantap dgn mendekatkan diri pada Allah dan RasulNya

6. Potensi utk memperkuatkan silaturrahim
- sesama manusia, manusia dgn makhluk yg lain etc

7. Potensi memberi manfaat kepada orang lain 
- what u give, u get back more! 

8. Untuk menjadi inspirasi/pemimpin/pencetus perubahan

9. Untuk berjaya dunia dan akhirat!



P: perancangan/plan
O: oppenness toopportunity 
T:  tindakan luar biasa
E: elmu; emosi + ilmu
N: nekad yg muktamat; fokus
S: strategi
I: impian/intention yg jelas

Untuk berjaya perlu ada elemen2 ini:-
M: mentor
E: elmu
S: strategi dan sistem
T: tindakan yg luar biasa
I : intention/impian yg jelas

Sharing is caring! 

Friday 2 January 2015

5 tips utama untuk capai berat badan ideal

Nukilan hari ini bertitik tolak berkenaan dgn azam tahun baruku..ku dah berazam utk kuruskan badan at least 5 kg dah lebih baik turun 10 kg. tapi apa yg daku dah dan patut buat utk mencapai azam baruku itu?

5 tips utama yg daku wajib patuhi utk kekal dgn niat asal daku.
1. Konsisten pergi gym utk amalan exercise ku at least 3 kali seminggu...daku pun dah sign up gym utk ini. So far 3 minggu dah join gym....so far so good konsisten sudah amalan exerciseku
2. Kawal portion pemakanan daku...kurang kan karbohidrat dan makanana yang bergula & bergaram
3. Konsistem makan suplemen utk tujuan kurangkan berat badan. suplemen utk detoks dan penagalawan berat badan
4. Cukupkan pengambilan air seharian at least 3 liter air sehari
5. Catit segala pengambilan makanan utk pengiraan kalori


Saya adalah ibu bekerjaya yang mementingkan kesihatan dan ingin berkongsi maklumat berkenaan kesihatan
Bagaimana ingin menjadi ahli atau ingin membeli produk Shaklee?

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Jamie Azma Bt Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alam / Subang Jaya / Kelana Jaya / KLCC
Shaklee ID No : 928982
Contact No :016-3318478
Email : jamieazma@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya dan khidmat nasihat adalah percuma