Sunday 25 January 2015

Homemade Pavlova yg best untuk anak2 ku

Berjaya buat pavlova dessert kegemaran anakku Ozeir.. Lebih baik buat sendiri agar kita boleh kawal kadar gulanya dan buah-buahan yg dipilih adalah ikut citarasa kita sekeluarga..tapi buat pavlova ni ada pantang larangnya...jgn pula kita buat main redah je..sbb peratus tak jadi tu sgt tinggi! Tak caya tgk tips2 di bawah nanti!



Sblm itu terima kasih pada mamaglam blogspot yg beri inspirasi dan idea utk buat pavlova kegemaran anakku ini.

Oklah bahan2 yg diperlukan:-

4 biji putih telur
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

250ml whipping cream (cari yg bentuk cecair)
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila

Buah-buahan hiasan (potong ikut bentuk yang disukai):
5-10 biji buah strawberi
1 biji buah kiwi
6-10 biji buah anggur



Cara-cara buat pavlova:
1. Pukul putih telur sampai menjadi soft peak. Sila guna stand mixer spy senang nak pukul menjadi gebu

2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ atau bahasa mudahnya, bertanduk.

Bila mencapai meringue, adunan tidak akan tertumpah kalau terbalikkan mangkuk.

3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.

4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.

5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.



6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam bulatan yang telah dilukis cantik tadi. Pandai-pandailah cantikkan adunan tu ya….

7. Bakar adunan selama 1 jam.

8. Bila oven berbunyi, tutup api oven, bukak sedikit pintu oven, dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven selama lebih kurang 1 jam

Cara-cara buat whipping cream:

1. Pukul whipp cream dengan gula dan esen vanilla sampai kental.

2. Masukkan dulu dalam peti beku selama ½ jam sebelum di picitkan ke atas pavlova. Seeloknya buat whipping cream lepas pavlova sudah masak atau bila mahu makan pavlova tersebut. Kalau tidak, nanti whipp cream tidak nampak cantik…

Macam yg daku cakap tadi nampak senang tapi byk pantang-larang yg patut kita patuhi.. Jgn main hentam keromo saja tau!

Ini adalah antara pantang larangnya (copy dpd website yg ku dpt inspirasi resipi ini)
1. Pastikan langsung tiada kuning telur yang termasuk dalam putih telur yang ingin digunakan.
2. Telur mesti dalam suhu bilik.
3. Peralatan digunakan kering dari sebarang kesan air atau minyak.
4. Jangan sekali-kali suka-suka hati tukar gula tu daripada gula biasa ke gula perang (brown sugar). Kalau tukar jugak, nah! Ambik kau!! Pavlova tidak akan keras, sebaliknya akan jadi spongy dan kecutttttttttt…..
5. Jangan sekali-kali ambil jalan mudah gunakan acuan untuk bakar pavlova.

Oklah.. Sharing is caring! Selamat mencuba!



Saya adalah ibu bekerjaya yang mementingkan kesihatan dan ingin berkongsi maklumat berkenaan kesihatan
Bagaimana ingin menjadi ahli atau ingin membeli produk Shaklee?

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Jamie Azma Bt Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alam / Subang Jaya / Kelana Jaya / KLCC
Shaklee ID No : 928982
Contact No :016-3318478
Email : jamieazma@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya dan khidmat nasihat diberikan secara percuma

0 comments:

Post a Comment