Thursday 27 November 2014

Amalan tahajud, dhuha, solat taubat, zikir dan bacaan Al Quran

Salam ukhuwah semua..

Daku coretkan sharing ini atas request dari mentorku Aishah Amin. Bukan tujuan utk riak atau yg bersamaan dgn nya cuma utkku kongsikan apa yg ku rasa sejak ku konsisten buat hampir setiap hari solat tahajud, taubat dan dhuha.. Tak lupa bacaan Al Quran dan zikir.



Ia bermula sejak ku join sesi BAW (be a winner)... Byk yg daku belajar drpd sesi itu..yg paling daku pegang dlm hati, bila kita terlalu sibuk itulah waktu kita sgt2 perlu solat sunat ini.
Kenapa? Sbb bila kita terlalu sibuk, kita nak sgt ada extra time lebih drpd 24 jam utk urus kerja hakiki, bisnes online lagi, urusan rumah dan anak2 lagi. Daku pula mmg pegang role mgmt di ofis..ada 25 org report bawahku..mmg masa itu sgt terhad tapi ku gagahi jua utk konsisten amalan magik tadi. Pada mulanya mmg rasa cam terpaksa sbb daku pastikan ku tick master checklist bab amalan rohani itu.. Selepas sebulan buat tick tick nyer rutin, daku dah tak perlukan itu lagi sbb ia sudah jadi rutin..mmg dah jadi sebati dlm diri.

Tak rasa terpaksa cam mula2 nak disiplinkan diri dulu. Kenapa daku sgt konsisten? Sbb natijah pada diri, family dan bisnes.. Sgt sgt special!

Meh ku cerita satu persatu..
1. Walau sesibuk mana daku, mmg rasa cukup je utk siapkan kerja daku..rasa cam daku dikurniakan lebih 24 jam tapi hakikatnya tidak kan.
2. Hati jadi lebih tenang walau cabaran dtg menimpa berturut2..daku redhakan saja. Contoh terdekat kereta kesayanganku tak abis2 ditimpa bencana..baru ni dilanggar tak sampai 1 minggu. Hatiku redha sbb ini adalah rezeki workshop utk betulkan keretaku... Maybe keluarganya sgt2 perlulan duit. Allah beri rezeki melalui daku. In shaa Allah..lagipun kesusahan org lain lebih payah drpd kita kan.
3. Dari segi karier plak, semakin smooth ku dpt rasakan. Buat pengetahuan korang, daku mmg berulang drpd Shah Alam ke KLCC tiap hari.. Perjalanan ke ofis boleh mencecah 3 jam setiap hari pergi dan balik..tiba2 tanpa disangka ku dpt offer kerja yg lebih dekat ngan tempat tinggalku. Itu yg ku tak sangka rezeki dtg bila Allah rasa dan bagi pada waktu yg sgt sesuai. Masa yg lebih utk famili dan bisnes onlineku.
4. Bab konsisten bisnes tu i tak lah sentiasa je semangat.. Ada juga down sikit2 tapi tidak lama coz takde masa down lelama sbb amalan magik ni beri hati kita teguh dan idea  datang In Shaa Allah ada utk dikongsikan.
6. Satu lagi rezeki tu, kadang tu rezeki tanpa disangka datang.. Tak tahu drpd mana ia disalurkan pada kita.. Just have faith yg rezeki Allah ni amat luas. Sorang anak bisnes kita stop, akan ada pengganti lain yg hebat! In Shaa Allah. Doa je...Allah akan kabulkan permintaan kita di waktu yg paling sesuai & bila kita betul2 bersedia.
7. Magiknya bacaan Al Quran beri otak kita berfikir dan ligat je dpt idea sharing. So takde istilah tak tahu nak sharing apa.

Cam ne ku buat utk bgn tahajud setiap hari tu?
Tips dia daku ni selalu pulang lewat lewat ke rumah.. After maghrib baru kuar dr KLCC tu.. So sampai je rumah, anak2 nak perhatian drpd mommy dia ni..lepas mandi, layan anak2 makan dan main kejap.. Terus nak susukan si kecil.. Daku tido masa susukan baby Sophia dan niat dlm hati nak bgn solat tahajud setiap hari, tepuk bantal 3 kali dan selawat dlm hati minta dikejutkan hari ni nak sgt tahajud. Automatik daku akan terbangun..lagipun bila ada anak susu bdn ni daku automatik akan terjaga certain timing.

Ketenangan pagi2 tu yg paling best utk berdoa dan berzikir. Tenangggg sgt hati. Korang cuba ok, dah konsisten korang akan rasa tenang dlm hati, hidup pun rasa lancar je...paling best hati u akan diajar utk jadi humble dan bersyukur atas apa yg dikurniakan walaupun cabaran yg dtg. Kan cabaran tu menguatkan kendiri kita!

Jom kita konsisten amalan magik..In Shaa Allah!




Saya adalah ibu bekerjaya yang mementingkan kesihatan dan ingin berkongsi maklumat berkenaan kesihatan
Bagaimana ingin menjadi ahli atau ingin membeli produk Shaklee?

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Jamie Azma Bt Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alam / Subang Jaya / Kelana Jaya / KLCC
Shaklee ID No : 928982
Contact No :016-3318478
Email : jamieazma@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya dan khidmat nasihat akan diberikan secara percuma. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------