Tuesday 27 September 2016

Lelemak tersepit akhirnya dapat ku atasi! Yeszaa

Daku ni sblm kahwin mmg ideal weight jer or maybe kategori org yg kurus dan rajin exercise ke gym after office hour.. Tapi setelah berkahwin mmg tumpuan pada anak2 dan famili sampaikan lupa nak masukkan aktiviti exercise dlm rutin seharian. Sblm ada anak still ok lagi weight dan bentuk badan ku...tapi bermula lepas bersalin ceaserean anak pertama adalah titik tolak daku ada beberapa kg yg tetap berada di situ tanpa segan silu dan lelemak tersepit ada di mana2. Yang paling parah di bahagian abs lah kan.. Dgn keloid yg tebal lagi.. Mmg rasa tak nak tgk bhgn badan ku yg satu itu.. Di sambung pula dgn journey penyusuan susu ibu sepenuhnya 2 thn utk kedua2 anakku.. Mmg effort nak diet tu ku ketepikan dahulu lah.. So daku berpendapat yg daku ni cam no turning point.. Redha ngan bentuk badan ala2 lemak tersepit itu.. Bila lahir anak ke dua..terus lagi penyusuan susu ibu lengkap 2 thn lagi..makanya kg yg bertambah tetap berada di situ.. 


Tapi daku nekad selepas abis jer 2 thn susu ibu utk anak kedua ku ini...daku nak  try diet..control mkn jugak tapi tak nampak efek pun..arghh give up..mungkinkan daku kena terima jer badan yg berlemak tersepit ini sampai bila2.. 

Tapi tahun 2016 daku berazam utk mulakan healthy lifestyle yg drastik..join ladies gym Curves pada 31 Dec 2015 utk merealisasikan healthy lifestyles ku..

Start 2 Jan daku dah mulakan langkah komited dgn exercise di gym 3-4 kali seminggu. Setiap bulan akan ada measurement yg kami kena lalui utk tgh pencapaian kami masing2..

Taraa..ni measurement yg daku dah simpan dlm excel



Jan - March daku nampak penurunan saiz dlm beberapa area tubuh badanku tapi berat tak byk beza..turun 1 kg pastu naik balik! 

Ish tak boleh jadi ni..daku berazam utk eat clean diet bermula 5 April 2016 hingga last puasa date 6 July 2016..tempoh ni mmg daku strict eat clean! Wahhh rupanya diet dan exercise barulah kombinasi yg tepat & sgt berhasil! Drpd overweight skrg sudah capai ideal weight! Perubahan saiz pun nampak sgt ketara.. Yahuuuu


Oklah.. Kita buat bentuk graf plak kasi senang nampak penurunan dan kenaikan saiz. 














Kesimpulan yg dapat ku berikan selama journey ku ini ialah...
1. Gula dan garam adalah culprit utamaku
2. Ambil complex carbohydrates lebih baik dan adalah pilihan bijak berbanding simple carbohidrat seperti nasi putih, roti, tepung etc
3. Semasa Eat Clean perlu effort yg lebih contohnya kena cook your own meal..mkn di luar mmg agak sukar kerna pasti ada hidden salt & sugar di situ.. Jadinya mmg ke laut lah jadinya diet if makan di luar
4. Kena kuat semangat dan Go for It! 
5. Hubby perlu sokong journey kita ni..contoh tolong jagakan anak2 bila kita exercise di gym..i want ME time alone! 
6. Kena pelbagaikan aktiviti exercise kalau tak akan ada senario berat badan dan saiz dok kekal tanpa perubahan
7. Detox secara pilihan makanan atau detox cara berpuasa sangat membantu
8. Bila kita cheat pandai2 lah cari jalan burn calories
9. Wajib Istiqamah dan berdisplin
10. Perlu ada advisor yg mahir bab pemakanan dan exercise. Credit to my hubby..Mohd Fauzi Baharudin yg memberi inspirasi, Fazali & Azmy sbg coach yg byk memberi advice & tunjuk ajar berguna.
11. Ada geng2 yg sama matlamat seperti kita.. Kita boleh saling mberi inspirasi dan semangat bila time kita down sekali sekala. 
12. Sharing journey kita agar lebih ramai lagi yg mendapat manfaat darinya
13. Untuk berjaya dlm apa pun jenis diet, kena bekalkan tubuh badan anda dgn cukup nutrisi agar anda tidak craving makanan yg tidak sihat contohnya craving dessert yg manis2 atau snack yg masin seperti mister potato. Saya amalkan multivitamin lengkap drpd Shaklee..Vita lea, SR Vit C dan B Complex
14. Aim healthy lifestyle..slim dan glowing itu bonus! 

Banjer pic dulu dan kini.. Hihi

Dah boleh pakai baju kebaya zaman anak dara dulu uols. Sekarang baju yg ada dah cam baju pinjam..baju lama2 ku cari kembali.



Dah boleh pakai saiz S dan XS sekarang tau.. jimat duit daku nak belanja baru baru.. godek2 baju lama yg masih elok dipakai! 



Baju masa ku bertunang pun dah masuk elok jer di situ.. zaman anak dara nyer baju dah jadi aku nyer baju skrg...syukur hasil Istiqamah exercise dan eat clean uols 😍

Ok.. so far sgt teruja ngan results eat clean diet & konsisten exercise.. semua baju anak daraku yg ku sarung..boleh ku pakai kembali! Kipidap utk diri sendiri 😍

Dari saiz M/L ke saiz XS. Dari berat 61kg ke berat 49kg! 


Ok daa.. Selamat beramal 😍😍

0 comments:

Post a Comment